saga
panas terakhir
meminjam warna dan watak
pada biji bersihnya,
namun watak dipendam
dalam simpanan peti tua.
bersamanya
sehingga pada titik lahir
bayi mungil matahari
dilepaskan ke tanah masa depannya.
maka serpihan api pun
semarak di rumput hujan.
muhammad haji salleh
Dipetik dari: Sebutir zamrud di deru selat; sajak-sajak alam USM
Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2006. (Ex Libris CNB 1591)
No comments:
Post a Comment