Saturday 6 October 2012

Koleksi Pantun Perlis II: Pekan

Cuaca redup hendak ke Kangar,
         Ikut ke Bukit Besi Hangit;
Seumur hidup tak pernah dengar,
         Kononnya hujan naik ke langit.

Bulan mengambang terlihat di Arau,
         Singgah membeli roti bergula;
Abang jangan banyak bergurau,
         Adik menanti bagai nak gila.

Pekan Sehari di Simpang Empat,
         Jual udang kepala titi;
Puas kucari tak juga dapat,
         Tak patut nak bujang sampai ke mati.

Padang Besar sempadan negeri,
         Banyak terdapat jualan barang;
Sudah tersasar badanku ini,
         Hidup merempat di rantau orang.  

Dipetik dari Bukit Lagi Bintang Berkarang oleh Wan Khazim
Editor Umum Muhammad Haji Salleh (Siri Pantun Nusantara)
Penerbit Universiti Sains Malaysia (2006). Ex Libris CNB 1539

No comments:

Post a Comment