Diucapkan selamat berpuasa
Dan kita berjumpa lagi
Di Jalan Raja Alang Kampung Baru
Untuk membeli kueh orang Melayu
Yang hanya rajin berniaga
Cuma bulan Ramadan.
Diucapkan selamat berpuasa
Moga-moga kita akan banyak bersabar
Dalam perjuangan menghadapi trafik jam
Disepanjang Jalan Semarak
Menuju ke Pasar Datuk Keramat.
Selamat berpuasa
Dan hendaknya pada tahun ini
Tidak ada lagi
Anak-anak Melayu yang cacat cedera
Atau gugur terkorban akibat
Bermain mercun buluh
Dan mercun buatan sendiri.
Zahari Hasib
(Petikan sajak oleh Penyair Zahari Hasib dari artikel Sastera "Ramadan dan Aidilfitri dalam puisi" oleh Aminuddin Mansor, Mingguan Malaysia, 4 Ogos 2013.)
Salam Ramadan
No comments:
Post a Comment